Wednesday, January 16, 2008

HAJI 2007H/1428M

Assalamualaikum,

1 Disember 2007
(Ulangtahun perkahwinan kami yg ke 11)

Kami bertolak dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada jam 1. Polis iring 11 bas sarat dengan jemaah. Rasa macam VIP plak. Kami tiba betul-betul kat tangga Boeing 747-400 jam 2 pagi. Flight Saudi Air SV 5007. Kalau nak ikutkan kami duduk kat Business Class. Tapi memandangkan kapal terbang tu dah dimodify, seat dia semua economy class punya.



Alhamdulillah kami sampai Jeddah Hajj Airport tepat pada masanya. Biasalah clearance bag & passport, kami terus ke ruang rehat jemaah Malaysia untuk menunggu bas.





Ni suasana kat tempat menunggu jemaah Malaysia, Jeddah Hajj Airport

Bila bas sampai kami semua naik bas masing-masing untuk menuju ke Mekah. Pejalanan dari airport ke hotel mengambil masa 3 jam. Drebar sesat! Last-last barulah kami sampai Hotel Al-Janadiriah. Hotel yang menempatkan 7,000 jemaah Malaysia. Hotel ni juga menempatkan HQ Lembaga Tabung Haji. Senang kita nak berurusan kalau ada apa-apa.

Kami ditempatkan di bilik 1542 & 1543. 8 orang dalam 1 bilik! Tapi tak apa, bilik kami besar!

Ada ruang legar kat tengah

Ada fridge besar... selesa untuk 8 orang.

Abang Long Mejar Ramli pun tiba di Jeddah pada hari yang sama yang kami tiba, tapi dia naik MAS. 2 hari lepas tu dia telefon kami dan ajak kami tinggal kat Hotel yang dia tinggal. Memang grand gila. Siti & Dato' K tinggal kat sana, tapi diorang belum sampai lagi. So, sementara diorang lom sampai, kita tinggallah kat sana dulu... hehehhee. Rezeki jangan ditolak!

Bersama Abang Long Ramli kat lobi hotel

Ni bilik Siti Nurhaliza & Dato' K!

TV plasma wa cakap lu!

Permandangan dari tingkap kami!

Bayangkan, nak tidur pandang ni, celik je pandang ni jugak! Permandangan terindah!

Bukan je dapat tinggal kat hotel mewah, malah dapat naik kereta besar, GMC Yukon XL. Punyalah besar kereta ni! Ni kereta macam yang FBI guna dalam cerita 'Transformers'. Driver dia keturunan Pattani yang lahir dan dibesarkan di Mekah.


Maka tinggallah kami di Mekah menanti masuknya hari berwukuf di Arafah. Jadinya hari-hari aktiviti kami berulang ke Masjidil Haram dan buat umrah. Memang best masa tu, hari-hari beribadah je. Takde fikir benda lain.



4 comments:

Anonymous said...

Bestnya.. tulislah lagi ok.. and gambar tu upload banyak2 sket..hehhee..

~tina

Anonymous said...

wahh.. dekatnyer masjidil haram ngan bilik abg lan & kak fiz

permandangan waktu mlm lak penuh cahaya2... nice.

GMC Yukon XL nih model ape? General motors ke? hik hik hik. tp mmg nampak beso pun.

Ahli Keluarga OthMan & Zaharah said...

GMC = General Motors Company.

Abg Lan

Unknown said...

tapikan... memang beruntung kat ada Abang Long... dapatlah kita merasa duduk hotel mewah, naik kereta besar, makan yang sedap2...

Saya nasihatkan sementara Abg Long CEO ni... pergilah Umrah atau Haji... banyak benefits dia...

Lagipun... Abg Long ni memang best... seronok lepak dgn dia... he's a very interesting guy... I was lucky to met Abg Long TWICE in Mecca... dulu masa bulan Ramadhan... lepas tu masa Haji jumpa lagi.