Thursday, January 17, 2008

Bermulanya ibadah haji kami...

WUKUF DI ARAFAH

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Alhajju Arafah" yang bermaksud "Haji adalah Arafah...". Maka siapa yang berada di Arafah pada malam hari sebelum terbit fajar, sesunggunya dia telah mendapat haji" [Hadits Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Maka bermulalah pengalaman haji kami.

Ini adalah bumi Arafah sebelum hari wukuf. Kami berkesempatan untuk lawat tapak khemah kami dulu pasal kita telah terpilih sebagai 'Sahabat Tabung Haji', iaitu sukarelawan yang membantu pengawai TH untuk membantu jemaah. Masa tu khemah belum dipasang lagi.

Ni kandang tahanan jemaah sebelum naik bas.


Ini antara 20 toilet untuk dikongsi oleh 2,000 jemaah.

Ini tiang khemah sebelum khemah dipasang.

Waktu berwukuf adalah bermula dari masuknya Zohor hingga Maghrib, 9 Zulhijjah. Masa tu kita banyak beribadah, berzikir dan berdoa di bumi Arafah. Waktu berwukuf adalah waktu paling afdal untuk berdoa di mana langit terbuka dan segala doa akan terus naik ke langit. InsyaAllah. Waktu ini juga kita minta keampunan atas segala kesilapan kami. Waktu ini memang syahdu, hampir semua orang akan menangis mengenangkan kesilapan lampau. Selepas itu kita akan rasa insaf seinsaf-insafnya. Harapan kami agar kami berubah dan jadi orang-orang yang lebih beriman dan soleh/solehah. InsyaAllah.


MABIT DI MUZDALIFAH

Bermabit ertinya berada di bumi Muzdalifah walaupun sekejap selepas tengah malam. Di sinilah kami kutip batu untuk melontar di Jamrah pada keesokkan harinya.


Kami berada di bumi Muzdalifah selama 15 jam. Inilah dugaan yang paling mencabar bagi kesemua jemaah pada tahun ni. Kami terpaksa berbaris dalam keadaan lama dan sesak. Apabila matahari terbit, maka bahang terasa dan keringat mula mengalir. Di sini kesabaran kami diuja. Kesian kami lihat orang-orang tua yang tidak berdaya, ramai yang pengsan kerana dehidration. Apabila bas sampai ramai yang berasak-asak dan tolak menolak sehingga ada yang terjatuh dari tangga bas. Ramai yang marah-marah hampir mencetuskan pergaduhan. Masing-masing sudah lupa akan kesabaran dan keimanan.

Alhamdulillah kami masih boleh tahan kesabaran kami. Siap boleh joke dan gelak-gelak lagi. Rahsia kami... dalam hati kami berulang-ulang kami ucapkan... "COBAAAANNNNN..." terbukti ada gunanya kita tonton filem 'Pendekar Bujang Lapok'! Betul, tak tipu!

Kerana kesian, kami lepaskan orang-orang tua naik bas dulu. Kami ambil bas yang terakhir sekali dan kamilah jemaah yang terakhir sekali yang tinggalkan bumi Muzdalifah.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Masa ni subuh lagi... orang semua masih boleh tahan sabar lagi... COBAAAAANNNNN...

MELONTAR DI JAMRAH

Selepas 15 jam berada di bumi Mazdalifah, tibalah kami di Mina. Selamat 4 hari kami akan berkhemah di bumi Mina. Bumi Mina menjadi kampung kepada 3 juta jemaah dan di mana-mana khemah aje.

Di hujang sekali adalah kompleks melontar di Jamrah. Baru siap 2.5 tingkat.


Berkampunglah kami di Mina dan hari-hari selama 4 hari kami terpaksa berjalan sejauh 7km untuk melontar. Alaa... rilek aaaa... 7km tu dekat je...

Menghala ke terowong Muassim untuk ke Jamrah.

Di dalam terowong Muassim bersama-sama beratus ribu jemaah lain untuk pergi melontar.

Selepas terowong 1.5km, lagi 2km nak je Jamrah.

Sampai di Jamrah, 7 batu dalam genggaman... seranggggggggg....


Jamratul Aqabah... tingkat 2

Berdoa selepas melontar... aminnnnnn. Selesai ibadahku...

Menghala balik ke Mina. Kompleks Jamrah dibina oleh MTD(company Malaysia).
Terbitnya matahari... indahnya bumi Mina... Selamat tinggal Mina...



2 comments:

Anonymous said...

congrat Hj & Hjh !

erm... nampak ok lak trowong muassim tuh, walaupun ramai org.
ade ekon ke?

Ahli Keluarga OthMan & Zaharah said...

takde ekon... yang ada kipas kapal terbang tu... dia sedut angin dari luar... punyalah kuat kipas tu... burung pun kena sedut...