Wednesday, October 29, 2008

Gambar Kenduri di Dungun

Pengantin bersama tuan rumah. Aiii bang... berat kocek tuuuuu....


Pengantin bersama 'mak & bapak' pengantin

Pasangan pengantin bersama pasangan 'bakal pengantin'
Amboi... bakal pengantin ni nak amek hati bakal abang ipar nampak... kepit2 lagi you.... hehehehe....


Danial - Chief Cuci Pinggan


Tuan rumah menunggu tetamu... "cila-cila macuk yeee... nyot nyot nyot"


Mak Chik Khizan & Cu


Pengantin Control Hensem... tapi perut tu tak dapek den nolong...








Tuesday, October 28, 2008

Gambar-gambar sekitar wedding Boy

Nilah some of the pictures, taken using my camera. First of all I would like to apologise for the quality of the photos. Jurukamera amatur, cam ni jelah. Heheheh. So ada yang terang, ada yang kelabu asap. Enjoy the pics. Tina banyak amek gambar-gambar family members, gambo pengantinnya ada jugak, tapi memandangkan diorang ada professional photographer yang mengambil giler punya banyak gambar, i concentrate more on family pics aje. Boy, sila upload gambar2 daripada professional photographer tu yek..

Okay here's the pics in no chronological order.

Dari kiri, Lily, Makcik Ani, Boy, Sharina, Tina & Fuad
Abang Lan & Fuad
Family Kak Nab bersama anak-anak dan menantu.
Abang Long Jauhar & cucu, Abang Lan, Fuad and another relative.
Boy & Sharina, with Sharina's family
Dari belakang, Mak Long Aminah, Kak Sanariah & cucu , Sahira, Amin & kids dan Kak Long Zarina

Boy menyerahkan mas kahwin.
Dari belakang, Tina, Kak Jus, Mas, Kak Fiz, dan Lily.Makcik Ani with her sunglasses (sebab sakit mata) with Angah (anak Cu yah)

Boy, senyuman seblum bergelar suami.
Makcik Ani, Angah dan Cu Yah.

Mak-mak budak dan anak-anak dara.
Masa baru arrive dekat rumah pengantin perempuan.

Tuesday, April 15, 2008

Pengumuman

Setelah melalui beberapa round perbincangan thru email, gathering kita dipostpone lagi ke lepas raya. Details of the event will follow. Block your time from now, fellas. Let's make this happen!

Wednesday, April 9, 2008

Pengumuman

Salam,

Perhimpunan Keluarga Othman dan Zaharah yang pertama:

Tarikh : 31 May 2008
Tempat : De Rhu Beach Resort
Masa : Akan diberitahu
Agenda : Tahlil dan Makan-makan BBQ (akan diupdate)

Please book your time. Let's make this gathering a success. Kindly lend a hand in making this gathering a reality. Hope to see you there!

Friday, February 15, 2008

Pengumuman

Nampaknya bersempena dengan Pilihanraya yang akan datang pada 8 Mac ni, kita terpaksalah menangguhkan Majlis Hari Keluarga kita ni. Maybe kita boleh tangguh ke May date tu? Itupun tarikh cuti sekolah jugak tu. 24 May to be exact. What's your take on this?

So, are you going to exercise your rights this coming election? Tina dan Fuad akan mengundi di Dengkil.

Okay hope to hear from all of you.

Monday, January 21, 2008

Announcement.

Salam,

18 Januari 2008
Alhamdulillah.
Keluarga Ayahcik Nazri menambah seorang lagi ahli dengan kelahiran anak keempat Along Jaja. 3.75 kg baby boy was delivered at around 6.45 pm. Mummy and baby are doing fine. So now ada 2 pasang girls and boys. Syukur.

Friday, January 18, 2008

I'm on TV!

Ni jemaah yang melakukan tawaf... and I'm amongst the crowd!

Zoom sikit...

Zoom lagi sikit...


Yang ditunjuk tu... that's ME!

Thursday, January 17, 2008

Madinah Al-Munawarrah

Assalamualaikum,

Sebelum pulang, kami ziarah Makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi. Kami berada di Madinah selama 9 hari untuk cukupkan sekurang-kurangnya 40 waktu di Madinah untuk mendapat syafaat baginda.

Masjid Nabawi adalah suatu masjid yang tersangatlah indahnya. Masjid yang berlantai dan bertiangkan batu marmar yang berkilat, berlampukan emas yang berkilauan, berlantaikan hamparan tebal lagi empuk...

Di hadapan masjid sebelah clock tower... macam kat Eropah!

Pintu utama masjid... cuaca memang sejuk 10c

Masjid Nabawi asal yang menempatkan Makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar & Saidina Omar.

Setelah 9 hari di Madinah, tibalah masanya untuk kami pulang ke tanah air setelah 44 hari berkampung di tanah suci. Alhamdulillah, segala amal ibadah kami telah kami amalkan dengan sebaik yang mungkin dan harapan kami agar kami pulang dengan haji yang mabrur. Kerinduan kepada anak-anak barulah terasa. Maklumlah tak pernah berpisah sebegini lama. Kami juga telah mendoakan kesejahteraan, kemurahan rezeki dan keterbukaan hati semua agar dapat menyahut lambaian Kaabah. Semoga anda semua berpeluang dapat alami apa yang kami alami dalam waktu-waktu terdekat ini hendaknya. Dari pengalaman kami, haji eloklah dilakukan ketika kita muda dan sihat lagi. Saya akui memang physically and mentally challenging. Alhamdulillah, dalam usia muda kami dengan kudrat yang ada pada kami, kami lalui semuanya dengan mudah.

Penerbangan pulang kami delay 5 jam. Punyalah sejuk kat luar Medina Airport masa time subuh hari nak bertolak tu. Patut 6.20am dah fly... last-last 11.15am baru fly. Alhamdulillah tepat 8jam kami touchdown kat KLIA. Uruskan beg semua... 2.30am baru keluar airport... Pukul 3am barulah sampai rumah... masa tu anak2 semua dah tidur.

Kita rasa lega sesangat bila dah sampai ke rumah. Lega sesangat kami dapat tunaikan Haji kami dengan sempurna tanpa dugaan yang berat. Sekarang kami dah rindu ke Kaabah & Makam Rasulullah. InsyaAllah, kalau ada rezeki, kami pergi lagi... nak ubat rindu... hehehee... InsyaAllah.

Kami pulang pada 13 Januari 2008, hari ulangtahun Fiz yang ke 34! Dah lah pergi dulu masa wedding anniversary kita, balik pulak pada birthday dia... memang tarikh keramat betullah.




Bermulanya ibadah haji kami...

WUKUF DI ARAFAH

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Alhajju Arafah" yang bermaksud "Haji adalah Arafah...". Maka siapa yang berada di Arafah pada malam hari sebelum terbit fajar, sesunggunya dia telah mendapat haji" [Hadits Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Maka bermulalah pengalaman haji kami.

Ini adalah bumi Arafah sebelum hari wukuf. Kami berkesempatan untuk lawat tapak khemah kami dulu pasal kita telah terpilih sebagai 'Sahabat Tabung Haji', iaitu sukarelawan yang membantu pengawai TH untuk membantu jemaah. Masa tu khemah belum dipasang lagi.

Ni kandang tahanan jemaah sebelum naik bas.


Ini antara 20 toilet untuk dikongsi oleh 2,000 jemaah.

Ini tiang khemah sebelum khemah dipasang.

Waktu berwukuf adalah bermula dari masuknya Zohor hingga Maghrib, 9 Zulhijjah. Masa tu kita banyak beribadah, berzikir dan berdoa di bumi Arafah. Waktu berwukuf adalah waktu paling afdal untuk berdoa di mana langit terbuka dan segala doa akan terus naik ke langit. InsyaAllah. Waktu ini juga kita minta keampunan atas segala kesilapan kami. Waktu ini memang syahdu, hampir semua orang akan menangis mengenangkan kesilapan lampau. Selepas itu kita akan rasa insaf seinsaf-insafnya. Harapan kami agar kami berubah dan jadi orang-orang yang lebih beriman dan soleh/solehah. InsyaAllah.


MABIT DI MUZDALIFAH

Bermabit ertinya berada di bumi Muzdalifah walaupun sekejap selepas tengah malam. Di sinilah kami kutip batu untuk melontar di Jamrah pada keesokkan harinya.


Kami berada di bumi Muzdalifah selama 15 jam. Inilah dugaan yang paling mencabar bagi kesemua jemaah pada tahun ni. Kami terpaksa berbaris dalam keadaan lama dan sesak. Apabila matahari terbit, maka bahang terasa dan keringat mula mengalir. Di sini kesabaran kami diuja. Kesian kami lihat orang-orang tua yang tidak berdaya, ramai yang pengsan kerana dehidration. Apabila bas sampai ramai yang berasak-asak dan tolak menolak sehingga ada yang terjatuh dari tangga bas. Ramai yang marah-marah hampir mencetuskan pergaduhan. Masing-masing sudah lupa akan kesabaran dan keimanan.

Alhamdulillah kami masih boleh tahan kesabaran kami. Siap boleh joke dan gelak-gelak lagi. Rahsia kami... dalam hati kami berulang-ulang kami ucapkan... "COBAAAANNNNN..." terbukti ada gunanya kita tonton filem 'Pendekar Bujang Lapok'! Betul, tak tipu!

Kerana kesian, kami lepaskan orang-orang tua naik bas dulu. Kami ambil bas yang terakhir sekali dan kamilah jemaah yang terakhir sekali yang tinggalkan bumi Muzdalifah.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Masa ni subuh lagi... orang semua masih boleh tahan sabar lagi... COBAAAAANNNNN...

MELONTAR DI JAMRAH

Selepas 15 jam berada di bumi Mazdalifah, tibalah kami di Mina. Selamat 4 hari kami akan berkhemah di bumi Mina. Bumi Mina menjadi kampung kepada 3 juta jemaah dan di mana-mana khemah aje.

Di hujang sekali adalah kompleks melontar di Jamrah. Baru siap 2.5 tingkat.


Berkampunglah kami di Mina dan hari-hari selama 4 hari kami terpaksa berjalan sejauh 7km untuk melontar. Alaa... rilek aaaa... 7km tu dekat je...

Menghala ke terowong Muassim untuk ke Jamrah.

Di dalam terowong Muassim bersama-sama beratus ribu jemaah lain untuk pergi melontar.

Selepas terowong 1.5km, lagi 2km nak je Jamrah.

Sampai di Jamrah, 7 batu dalam genggaman... seranggggggggg....


Jamratul Aqabah... tingkat 2

Berdoa selepas melontar... aminnnnnn. Selesai ibadahku...

Menghala balik ke Mina. Kompleks Jamrah dibina oleh MTD(company Malaysia).
Terbitnya matahari... indahnya bumi Mina... Selamat tinggal Mina...



Wednesday, January 16, 2008

HAJI 2007H/1428M

Assalamualaikum,

1 Disember 2007
(Ulangtahun perkahwinan kami yg ke 11)

Kami bertolak dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada jam 1. Polis iring 11 bas sarat dengan jemaah. Rasa macam VIP plak. Kami tiba betul-betul kat tangga Boeing 747-400 jam 2 pagi. Flight Saudi Air SV 5007. Kalau nak ikutkan kami duduk kat Business Class. Tapi memandangkan kapal terbang tu dah dimodify, seat dia semua economy class punya.



Alhamdulillah kami sampai Jeddah Hajj Airport tepat pada masanya. Biasalah clearance bag & passport, kami terus ke ruang rehat jemaah Malaysia untuk menunggu bas.





Ni suasana kat tempat menunggu jemaah Malaysia, Jeddah Hajj Airport

Bila bas sampai kami semua naik bas masing-masing untuk menuju ke Mekah. Pejalanan dari airport ke hotel mengambil masa 3 jam. Drebar sesat! Last-last barulah kami sampai Hotel Al-Janadiriah. Hotel yang menempatkan 7,000 jemaah Malaysia. Hotel ni juga menempatkan HQ Lembaga Tabung Haji. Senang kita nak berurusan kalau ada apa-apa.

Kami ditempatkan di bilik 1542 & 1543. 8 orang dalam 1 bilik! Tapi tak apa, bilik kami besar!

Ada ruang legar kat tengah

Ada fridge besar... selesa untuk 8 orang.

Abang Long Mejar Ramli pun tiba di Jeddah pada hari yang sama yang kami tiba, tapi dia naik MAS. 2 hari lepas tu dia telefon kami dan ajak kami tinggal kat Hotel yang dia tinggal. Memang grand gila. Siti & Dato' K tinggal kat sana, tapi diorang belum sampai lagi. So, sementara diorang lom sampai, kita tinggallah kat sana dulu... hehehhee. Rezeki jangan ditolak!

Bersama Abang Long Ramli kat lobi hotel

Ni bilik Siti Nurhaliza & Dato' K!

TV plasma wa cakap lu!

Permandangan dari tingkap kami!

Bayangkan, nak tidur pandang ni, celik je pandang ni jugak! Permandangan terindah!

Bukan je dapat tinggal kat hotel mewah, malah dapat naik kereta besar, GMC Yukon XL. Punyalah besar kereta ni! Ni kereta macam yang FBI guna dalam cerita 'Transformers'. Driver dia keturunan Pattani yang lahir dan dibesarkan di Mekah.


Maka tinggallah kami di Mekah menanti masuknya hari berwukuf di Arafah. Jadinya hari-hari aktiviti kami berulang ke Masjidil Haram dan buat umrah. Memang best masa tu, hari-hari beribadah je. Takde fikir benda lain.